Kematian Pasti Tiba

 Assalammualaikum. Dah ready nak raya ? Raya tu raya jugak . Jangan sampai tinggal solat sebab main bunga api , mercun and etc . Jangan tinggal solat sebab leka buat kuih , leka pasang langsir , leka shopping dan semuanya lah . Solat tiang AGAMA . Kalau kau sedekah 8juta pun tapi tak solat tak guna jugak . Sama dengan kalau nak buat rumah macam istana pun tapi takda tiang ? Roboh kann . So , :) Ingatlah . 

Mati ? Siapa taknak mati ? Kematian pasti tiba . Tadi aku terfikir pasal mati . Mengingati mati dapat pahala . :) Mana kita tahu ajal kita bila , entah entah aku ni lepas update blog ni ajal sampai ke ? Semua tak tahu kan . :) Aku nak mintak maaf kat korang semua , mana lah tahu aku terSAKITkan hati korang . Maafkan aku. 

Zaman sekarang ni , bila cakap pasal mati semua kata " Lek la , dah tua kau nk bertaubat la , kita enjoy dulu . Hidup remaja ni mana boleh dipersia-siakan . " Asstargfirullahlazim . :) Mati tak kira muda atau tua . Kejap lagi kalau ditakdirkan mati , mati lah . Bersedia bertemu denganNYA . 

Family aku bukan orang berada sangat . Tapi didikkan agama yang dicurahkan CUKUP dan TERLEBIH CUKUP . Mungkin kadang-kadang tersasar jauh . Tapi aku sempat di'selamat'kan . Oh ye , haritu aku mengikuti program "Bahagia Menjadi Gadis" . Alhamdulilah , ianya banyak mengubah aku . Hidayah dari Allah s.w.t . 


Kat sini jugak kita akan ditanam . Tak kira lah kau anak Dato' ke Datin ' dan lain-lain yang berpangkat tinggi .  Dekat tanah jugak kita kembali . Jangan nak show off :) Kita semua sama . Daripada tanah . :D 

Kematian sebenarnya nyaman . Tidur untuk selama lamanya , dan akan dibangkitkan pada hari penghitungan . Berkait juga dengan MATI , di dalam bulan Ramadhan semua manusia-manusia di dalam kubur tidak diseksa . Alhamdulilah . Tapi lepas Ramadhan ? Hmmm :/

Jadi jangan kata   orang 'gila' bila dia sebut pasal Mati . Mereka yang mengingati mati adalah mereka yang bersedia untuk kembali pada-NYA . 

Disini aku , nak mintak maaf kat korang semua . :') Aku banyak buat salah kat korang . Maafkan aku . Sempena Syawal yg bakal menjelma , elok lah bermaaf-maafan kan ? Tapi aku takut tak sempat . 

Baiklah itu sahaja . Assalammualaikum . :')


Thanks kerana sudi membaca . !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan